Butiran:
| Jumlah paparan: 3518
Bahagian Govenan terdiri daripada beberapa unit yang di ketuai oleh Timbalan Pendaftar Kanan. Ia ditubuhkan di atas dasar sebagai nadi penggerak dan tonggak pentadbiran Universiti dalam perancangan, pembangunan serta pelaksanaan tadbir urus yang cemerlang selaras dengan visi dan misi Universiti.
Penubuhannya adalah bagi memenuhi keperluan peningkatan sumber daya manusia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan bersahsiah mulia dengan pendekatan khusus kepada pengurusan tadbir urus berkualiti.
Bahagian Govenan terdiri daripada:
- Unit Dasar dan Pentadbiran
- Unit Integriti dan Pematuhan
Fungsi Unit :
UNIT DASAR DAN PENTADBIRAN
- Pentadbiran Am
- Pengurusan Kewangan
- Pembangunan Sumber Manusia
- Pelantikan Canselor, Pro Canselor, Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, Penyandang Kursi dan Jawatan Pentadbiran
- Urusetia Lembaga Pengarah Universiti
- Menguruskan Kemudahan Alat Komunikasi Mudah Alih (AKMA)
- Proses penetapan dasar pentadbiran Universiti
- Laman Web Bahagian Govenan
|
UNIT INTEGRITI DAN PEMATUHAN
- Pengukuhan Integriti : Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi
- Pematuhan : Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa
- Urusetia Mesyuarat Pematuhan Pengauditan Pengurusan Pusat-pusat Tanggungjawab
- Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU)
- Urusetia Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
- Urusetia Mesyuarat Siasatan Kehilangan
|