Cetak
Butiran: | Jumlah paparan: 3768

Visi

Menjadi sebuah Jabatan yang berperanan sebagai nadi penggerak dan tonggak pentadbiran universiti dalam perancangan, pembangunan serta pelaksanaan tadbir urus yang cemerlang selaras dengan visi dan misi universiti

 

Misi

Melaksanakan tadbir urus universiti berteraskan profesionalisme, integriti dan penambahbaikan berterusan.

 

Objektif

1. Mesyuarat Utama Universiti diurus dan dilaksana dengan berkesan serta mengikut jadual yang telah ditetapkan.

2. Dasar dan keputusan Universiti dihebahkan untuk dilaksanakan seperti yang ditetapkan minggu selepas keputusan diterima.

3. Memastikan 90% permohonan kenderaan dimaklumkan statusnya kepada pemohon selewat-lewatnya 2 hari sebelum tarikh perjalanan.

4. Memastikan sekurang-kurangnya 80% urusan pembayaran saman dan jualan pelekat kenderaan diselesaikan dalam masa 10 minit sahaja.

5. Memastikan 80% daripada khidmat nasihat dan penyediaan dokumen perundangan Universiti (termasuk dokumen kontrak/perjanjian/memorandum persefahaman/surat niat) dilaksanakan dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh maklumat lengkap diterima.

6. Melaksanakan pemantauan ke atas kelemahan pengurusan PTj dan menyediakan laporan penuh selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum Mesyuarat Jawatankuasa Audit diadakan.

7. Memastikan pemeriksaan keselamatan kesemua bangunan (100%) dijalankan 4 kali setahun.

8. Memastikan 95% kakitangan Bahagian Govenan memenuhi mata minimum CPD.

9. Memastikan 80% pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.