SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KOLEJ ZA'BA
Kolej Kediaman Za’ba ( KZ ) ditubuhkan pada 1 Oktober 2002 setelah berpisah daripada Kolej Kediaman Aminuddin Baki. Kolej ini memiliki lima buah blok asrama yang dapat menampung kira-kira 1,284 pelajar pada satu-satu masa. Pengurusan pentadbiran Kolej Kediaman Za’ba menyediakan empat blok (Blok A - Blok D) bagi pelajarperempuan dan sebuah blok (Blok E) bagi pelajar lelaki. Setiap blok mempunyai 48 buah rumah yang boleh menampung kira-kira 270 hingga 290 pelajar. Kolej Kediaman Za’ba turut menyediakan perkhidmatan felo di setiap blok. Selain pelajar Ijazah Pertama, Kolej Kediaman Za’ba juga menempatkan pelajar Program Pensiswazahan Guru Besar (Mod Intensif) dan pelajar Diploma Perguruan Lanjutan Ijazah. Dalam pada itu, Kolej Kediaman Za’ba turut menyediakan kemudahan penginapan untuk sewaan bagi agensi kerajaan, swasta atau persendirian. Kolej Kediaman Za’ba ditadbir oleh seorang Pengetua, En. Che Anuar bin Che Abdullah dan dibantu oleh barisan pegurusan kolej kediaman serta lima orang felo.



